:: Laman Utama
:: D'rose Manis
:: Gubahan Halwa
:: D'rose Chocolate

+ D'Rose Lollichoc

+ D'Rose Cookie Choc

:: Gubahan Hantaran
:: Bunga Telur/Pahar
:: Pahar Halwa

Drosemanis

Drosemanis telah diasaskan seawal tahun 70an oleh Puan Hajjah Rosma Amat. Semuanya bermula sebagai hobi dan minat terhadap seni ukiran buah-buahan dan juga manisan halwa.

Kemahiran Puan Hajjah Rosma dalam seni ukiran halwa ini diwarisi oleh dua orang anak perempuannya; Hajjah Lela dan Hajjah Niena. Anak-anak beliau juga meminati seni ukiran buah-buahan serta pemprosesan halwa dan melihatnya sebagai prospek perniagaan.

Hajjah Lela mempunyai diploma lanjutan perakaunan, awal 30an, mempunyai pengalaman dari seawal usia 17 tahun, pewaris utama kemahiran dan pemilik D'rose manis. Hajjah Lela bertanggungjawab dalam produk inovatif, pemprosesan dan juga ukiran.

Manakala Hajjah Niena pemegang sarjana muda sains politik, berusia awal 30an, juga memiliki pengalaman dari usia 17 tahun dalam seni ukiran dan gubahan halwa merupakan pemilik bersama D'rose Manis. Bertanggungjawab dalam pemasaran, pengendalian stok dan juga promosi.

Perniagaan dijalankan dari rumah secara 'walk-in customer', online atau melalui telefon. Lokasi perniagaan di Pusat Perniagaan Banting Uptown, Banting, Selangor.

Drosemanis menghasilkan berbagai-bagai jenis ukiran bunga halwa seperti chempaka kecil, mawar, tulip, bunga raya, carnation dan teratai. Bahan asas yang digunakan adalah dari buah betik. Keistimewaan gubahan halwa drosemanis adalah dari segi keaslian ukiran, harga yg ditawarkan, tahan lama dan juga campuran buah-buahan lain yang digunakan dalam penghasilan sesebuah gubahan.

Menawarkan juga cenderahati untuk tetamu, 'door gift', 'corporate gift' dan bunga pahar berasaskan halwa, bunga pahar stokin, bunga pahar kertas crepe, dan kuih tradisional kacau labu untuk menyerikan lagi majlis-majlis pertunangan, perkahwinan, cukur jambul, berkhatan dll. Drosemanis turut mengeluarkan hamper untuk majlis-majlis rasmi dan perayaan pada harga yg berpatutan. Disamping itu Drosemanis juga menyediakan khidmat gubahan/lipatan hantaran, sirih junjung dan juga jambangan bunga tiruan.

:. Hubungi Kami

Drosemanis [ Klik untuk peta lokasi ]
B-G-20, Jalan Bunga Pekan,
Pusat Perniagaan Banting Uptown,
42700, Banting, Kuala Langat,
Selangor Darul Ehsan


Tel/Fax: 03-3181 6019

:. Hajjah Niena
013 343 6019
013 383 6019
email - drosemanisgallery@gmail.com

Waktu urusniaga -

Selasa - Ahad: 8.30 pagi - 6.30 ptg
Isnin: Tutup